
Lambaian tanganmu sering kali aku terlihat
Di mana-mana sahaja..di dalam mimpiku
Wajahmu tenang,nampaknya sihat
Apakah makna disebalik lambaian mu itu
Kepadamu yang sering aku rindui
Walaupun kamu telah meninggalkan aku dahulu
Akan kita temui jua suatu hari nanti...
Di mana semua yang terpisah akan bertemu
Semasa hidupmu,aku begitu menyayangi mu
Sehingga kini walaupun kau jauh disisi ku
Perasaanku terhadapmu...
Tidak akan pernah berubah,walaupun ada seribu seperti kamu
Aku tahu kau melihat aku,perhatikan diriku
Aku dapat merasakan seolah-olah kamu berada di situ
Melihat setiap gerak-geriku
Tersenyum padaku...
Aku akan selalu merindui mu....
Buat masa sekarang,hanya doaku yang akan menemanimu..
Apabila tiba masanya nanti...
Pasti akan ku bertemu dengan mu lagi...
**PatienceIsVirtue** . 6:53 PM
...................