T.E.D.D.Y. M.Y. L.O.V.E
Sunday, June 22, 2008

Setiap kata yang diucap oleh aku dipersendakan oleh kamu...
Setiap keluhan aku kamu buatnya seperti alasan yang diberikan olehku...
Aku dapat rasakan semua kata-kata ku langsung tidak bermakna bagimu...
Adakah aku seperti mainan yang kamu akan ambil jika perlu dan diletakkan kembali jika tidak perlu digunakan?

Adakalanya kata-katamu mengguris hatiku...
Luka semalam yang digurisi kamu belum tentu sembuh sudah kamu tambahnya lagi...
Jika aku terluka,adakah kamu peduli untuk bertanya?
Adakah aku bahan untuk kamu lepaskan perassan mu?

Ku hanya memendam rasa derita aku...
Patutkah aku beritahu kamu bahawa aku sebenarnya menderita...
Menderita disebabkan oleh kamu..Hanya kamu penyebabnya...
Patutkah aku?

Semua luahan aku tidak bererti buatmu...
Kamu hanya mementingkan hal-hal yang lain...
Kamu membuat aku sebagai boneka...
Boneka yang tidak mempunyai perasaan...

Ku ingin mengatakan bahawa boneka ini mempunyai perasaan...
Perasaan yang berbagai-bagai....sama separti manusia...
Andainya aku dapat memilih tuanku...
Adakah kamu yang aku akan pilih?

Adakala boneka menitiskan airmatanya...
Pelik...Boneka boleh menangis?
Itulah yang sedang bermain difikiran mu...
Boneka ini berdoa...

Boneka ini berdoa...
Berdoa agar dikuatkan semangatnya untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya...
Yang berkemungkinan tidak lama lagi...
Selagi hanyat dikandung badan...Selagi itulah boneka ini akan meneruskan perjalannya...
Sekiranya perjalanan hidupnya tamat...Maka sampai disitu sahajalah perjalanan hidupnya... Apabila itu terjadi,boneka akan berdiam diri...sepi tanpa sebarang kata...



**PatienceIsVirtue** . 9:36 PM
...................